Wednesday, 27 January 2016

THE SUMBS CAFE

Pengenalan Cafe The Sumbs

Bila bercakap pasal café, mesti semua orang fikir Subang Jaya atau Kuala Lumpur. Siapa tahu Shah Alam juga ada banyak café yang best dari segi interior design, konsep dan yang paling penting ialah makanan. 

Selain daripada Foodsbury, Chemistry Cafe dan sebagainya, The Sumbs Café juga menjadi tarikan utama khususnya mereka yang tinggal di sekitar Seksyen 13 dan Shah Alam. Tidak mustahil mereka yang dari luar Shah Alam juga sanggup datang ke sini sebab makanan-makanan dekat The Sumbs ni memang SEDAP!

Despite of their not-so-strategic location, tetap ramai juga yang datang and terpaksa masuk dalam waiting list (untuk dine in dalam cafe). Kalau dekat luar, you can just simply datang and cop tempat kalau ada kekosongan. Better pergi masa weekend sebab tempat ni memang ramai masa hari biasa because of lokasi yang dikelilingi dengan ofis.



Menu
Teh Tarik
Menu menarik:Churos
Chicken Chop

Ruang menunggu
Pergi masa perut memang lapar, order pun bukan main banyak... dengan packaging sebegini, terus take away je without susahkan the staff untuk bungkuskan ke apa. 

ADDRESS
Block 7, Persiaran Alami Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Tuesday, 26 January 2016

Kenny Rodgers,Shah Alam

PENGENALAN RESTORAN KENNY RODGERS,SHAH ALAM

Rstoran ini dikenali orang ramai disebabkan menu-menu masakannya bertemakan ala-ala barat dan semestinya sungguh lazat dan pasti orang ramai menggemarinya ,tambahan pula orang asia. Oleh itu,terdapat sejarah penubuhan tentang restoran ini. Pada tahun 1991, penyanyi / penulis lagu Country Kenny Rogers mula menceburi perniagaan makanan segera bersama-sama menubuhkan Kenny Rogers Roasters dengan bekas Gabenor Kentucky John Y. Brown, Jr, yang juga pengasas dan pemilik asal Kentucky Fried Chicken (KFC) (1964 hingga 1971). Menu asalnya adalah ayam yang dipanggang menggunakan arang kayu. Pada tahun 1995, menu baru telah diperkenalkan termasuk ayam belanda, daging rusuk, dan pelbagai hidangan sampingan  di 350 buah rangkaian restoran, termasuk di Kanada, Timur Tengah, dan Asia. Kewujudannya semakin dikenali dan popular diseluruh Seinfeld ("The Chicken Roaster ") yang pada asalnya telah didedikasikan oleh Kenny Roger dan Jerry Seinfeld yang amat menggemari resipi tersebut. Beliau mendapat ilham semasa tidak dapat tidur untuk memperkenalkan resipi ini selepas mereka berpindah ke pangsapuri baru yang diluarnya diterangi oleh lampu neon merah yang terang merah.

Selain dikenali restoran "Western Menu",ia juga dikenali sebagai restoran yang mempunyai ayam yang dipanggang dan juga digrill.


sebagai contoh,ini lah slh satu menu western,iaitu Daging Steak berserta dengan main coast nya.

Kenny Rogers Roaster restoran pertengahan kasual makan dengan ayam panggang sebagai item teras utama yang dilengkapi dengan pelbagai kaya hidangan sampingan yang panas dan sejuk. Diantara menunya adalah muffins Kenny terkenal buatan sendiri, ubi kentang, salad sayur-sayuran, pasta, sup, pencuci mulut dan minuman yang dihidangkan dalam persekitaran yang mesra dan selesa. \



KEUNIKAN RESTORAN KENNY RODGERS

Antara keunikan restoran tersebut adalah nama-nama menu makanannya seperti Muffin Mumbo Minty Chocolate.Selain itu, kenny rodgers menghidangkan menu "Less salt,Less fat,Less calories"

RESTORAN WONG SOLO, TAMAN DAGANG AVENUE

RESTORAN WONG SOLO

Restoran Wong Solo ialah restoran yang berkonsepkan tema Indonesia Culture atau tradisi orang indonesia. Restoran Wong Solo mempunyai beberapa cawangan yang telah ditubuhkan di sekitar Malaysia seperti di Wangsa Maju,Bandar Baru Bangi,Taman Dagang, Bukit Bintang dan lain-lain tempat cawangan. Menu "popular" yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Ayam Penyet. Orang ramai menggemari ayam penyet kerana terkenal dengan kelazatannya serta kerangupan ayam, di campur pula dengan sambal lado (sambal mengikut stail indonesia) dan tauhu goreng bersama ulam-ulaman pasti menyelerakan. Justeru itu, terdapat pelbagai menu lain yang pasti menarik selera, terutama sekali kepada yang amat menggemari makanan,antara menu-menunya adalah seperti Ayam Bakar, Bebek Goreng, Ikan Bakar/Goreng, Ayam Goreng dan Pecel Lele. 

Menu-menu yang disebutkan tadi adalah spesial menu paket dimana menu tersebut adalah "Menu Fully Set" berserta dengan air pilihan. 



Menu yang ditawarkan di Restoran Wong Solo. Nasi- nasi gorengan juga ada. Ada beberapa lagi menu wong solo.



Menu pertama sama seperti menu di atas tetapi perbezaannya ialah menu Set Fully manakala menu diatas Ala Carte. Harga juga disediakan didalam menu restoran dengan harga yang berpatutan dengan kualiti masakan yang dihidangkan.

Keunikan yang terdapat di Restoran Wong Solo ini terdapat wallpaper yang mempamerkan tentang sejarah indonesia terdahulu. Selain itu, terdapat info mengenai cara terhasilnya lesung batu. Restoran Wong Solo ini bertemakan suasana kampung indonesia seperti di Kalimantan. Cara makan yang diamalkan di restoran ini pula ialah makan secara duduk bersila. Terdapat bilik yang disediakan pakaian indonesia yang boleh dikunjungi oleh semua pelanggan untuk sesi bergambar.

Monday, 25 January 2016

KEUNIKAN RESTORAN SUPER KITCHEN


Super Kitchen atau singkatannya adalah SK dimiliki oleh orang melayu dan beragama islam. Super kitchen ini boleh dikatakan baru sahaja wujud di area Indera Mahkota 8 Kuantan dan juga berdekatan dengan Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan. Kedai ini bersebelahan dengan traffic light simpang empat yang menghala ke pusat bandar dan Plaza Tol Kuantan .Restoran Super Kitchen ini menawarkan konsep ala ala steamboat. Makanan disini menekankan dua menu utama iaitu BBQ dan steamboat. Makanan ala carte pun ada cuma tak banyak seperti restoran yang lain. Selain itu restoran ini juga menyediakan troli untuk para pelanggan mengambil makanan yang telah disediakan. Restoran ini sangat menekankan  kebersihan dan kekemasan dari luar hingga dalam restoran.





Antara menu yang ditawarkan ialah menu ala carte yang diberi nama nasi goreng kerabu. Meriah nasi gorengnya dan lauknya pun banyak seperti udang, telur mata dan ayam bakar yang berharga RM13. Kenyang dan sihat .






Keunikan yang terdapat di restoran itu ialah ia menyediakan meja khas yang mempunyai laci untuk pinggan, mangkuk, cawan ,sudu, garfu bagi memberi ruang di meja makan tersebut.