Tuesday 26 January 2016

RESTORAN WONG SOLO, TAMAN DAGANG AVENUE

RESTORAN WONG SOLO

Restoran Wong Solo ialah restoran yang berkonsepkan tema Indonesia Culture atau tradisi orang indonesia. Restoran Wong Solo mempunyai beberapa cawangan yang telah ditubuhkan di sekitar Malaysia seperti di Wangsa Maju,Bandar Baru Bangi,Taman Dagang, Bukit Bintang dan lain-lain tempat cawangan. Menu "popular" yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Ayam Penyet. Orang ramai menggemari ayam penyet kerana terkenal dengan kelazatannya serta kerangupan ayam, di campur pula dengan sambal lado (sambal mengikut stail indonesia) dan tauhu goreng bersama ulam-ulaman pasti menyelerakan. Justeru itu, terdapat pelbagai menu lain yang pasti menarik selera, terutama sekali kepada yang amat menggemari makanan,antara menu-menunya adalah seperti Ayam Bakar, Bebek Goreng, Ikan Bakar/Goreng, Ayam Goreng dan Pecel Lele. 

Menu-menu yang disebutkan tadi adalah spesial menu paket dimana menu tersebut adalah "Menu Fully Set" berserta dengan air pilihan. 



Menu yang ditawarkan di Restoran Wong Solo. Nasi- nasi gorengan juga ada. Ada beberapa lagi menu wong solo.



Menu pertama sama seperti menu di atas tetapi perbezaannya ialah menu Set Fully manakala menu diatas Ala Carte. Harga juga disediakan didalam menu restoran dengan harga yang berpatutan dengan kualiti masakan yang dihidangkan.

Keunikan yang terdapat di Restoran Wong Solo ini terdapat wallpaper yang mempamerkan tentang sejarah indonesia terdahulu. Selain itu, terdapat info mengenai cara terhasilnya lesung batu. Restoran Wong Solo ini bertemakan suasana kampung indonesia seperti di Kalimantan. Cara makan yang diamalkan di restoran ini pula ialah makan secara duduk bersila. Terdapat bilik yang disediakan pakaian indonesia yang boleh dikunjungi oleh semua pelanggan untuk sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment